Halaman

Sabtu, 7 April 2018

Ramal keputusan PRU 14 dengan simulator Malaysiakini

MALAYSIAKINI

    PRU14 | Pilihan raya umum (PRU) ke-14 akan menyaksikan konflik politik yang berbeza berbanding apa yang berlaku lima tahun lalu apabila wujud sekurang-kurangnya tiga gabungan parti terlibat.

Dalam keadaan begitulah BN berusaha memperoleh majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat.

Pakatan Harapan (HARAPAN) pula bercakap mengenai tsunami Melayu manakala PAS mahu menjadi kuasa penentu (king maker) dalam politik negara.

Perubahan pegundi yang semacam apakah diperlukan untuk ketiga-tiga keadaan itu berlaku?

Untuk membantu pembaca, Malaysiakini mencipta satu simulator bagi membolehkan anda meramalkan perubahan undi itu serta jumlah kerusi yang akan dimenangi BN, HARAPAN dan PAS di peringkat persekutuan dan negeri.

Simulator boleh ditemui akhir rencana ini.

Pembaca boleh menguji pelbagai senario dengan memasukkan peratusan penyokong daripada BN, HARAPAN atau PAS yang mereka fikir akan beralih kepada pencabar masing-masing.

Simulator ini meramalkan pola pengundian di kalangan Melayu dan bukan Melayu di Semenanjung Malaysia saja.

Untuk Sabah dan Sarawak simulator sebegitu tidak boleh dilakukan hanya dengan meramalkan pola pengundian berdasarkan perbezaan Melayu dan bukan Melayu, kerana ada lebih 60 kumpulan etnik di kedua-dua negeri tersebut.

Simulator ini berdasarkan keputusan PRU ke-13 dan tidak mengambil kira persempadanan semula terbaru yang dilakukan SPR atau kemunculan parti baru. Misalnya kerusi AMANAH masih dianggap milik PAS.

Berikut adalah beberapa sampel mudah kepada senario-senario yang boleh dicuba pembaca, namun anda boleh mencuba yang lebih kompleks dengan simulator tersebut.

Peraturan asas

Ada 165 kerusi parlimen di semenanjunng dan 5 lagi di Sabah dan Sarawak.

Untuk mana-mana kumpulan memenangi PRU ke-14 ini mereka perlu menawan 112 kerusi atau 148 bagi mendapatkan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat.

Pada PRU lalu BN menguasai 85 kerusi parlimen di semenanjung manakala gabungan PKR dan DAP mendapat 59 kerusi. PAS pula memenangi 21 kerusi.

Di Malaysia Timur BN memenangi 48 kerusi dan gabungan PKR serta DAP menguasai sembilan kerusi. Tiada kerusi untuk PAS di kedua-dua negeri berkenaan.

Senario1: Kebangkitan semula BN

PAS yang tidak lagi bekerjasama dengan HARAPAN (sebelum ini Pakatan Rakyat) dijangka kehilangan sejumlah besar sokongan daripada pengundi bukan Melayu.

Dalam keadaan sesuatu kerusi melibatkan pertandingan banyak penjuru kami mengandaikan PAS kehilangan 80 peratus sokongan daripada pengudi bukan Melayu, selain 50 peratus pengundi Melayu yang sebelum ini menyokong Pakatan Rakyat. Mereka dijangka akan memberikan untuk kepada HARAPAN.

Kami juga menjangkakan HARAPAN akan hilang 50 peratus sokongan pengundi Melayu yang sebelum ini memberikan undi kepada PAS.

Dengan keadaan sebegini BN hanya perlu mengekalkan sokongan yang mereka dapat dalam PRU ke-13 lalu untuk menambah jumlah kerusi mereka di Dewan Rakyat – daripada 85 kepada 123 di semenanjung.

Jika ia mengekalkan status quo di Sabah dan Sarawak BN akan mendapat 171 kerusi parlimen dan ia lebih daripada mencukupi untuk mereka menguasai Dewan Rakyat secara majoriti dua pertiga.

Senario 2: PAS sebagai king-maker

Kami mengandaikan PAS hilang 80 peratus sokongan pengundi bukan Melayu yang memberikan undi kepada HARAPAN namun masih mampu mengekalkan sebahagian besar undi yang mereka perolehi daripada pengundi Melayu sebelum ini.

Contohnya PAS hanya hilang 30 peratus sokongan pengundi Melayu kepada HARAPAN dan pada masa sama HARAPAN kehilangan 70 peratus undi kepada PAS.


Dalam keadaan itu PAS akan kalah teruk dan hanya mengekalkan empat kerusi parlimen mereka di Semenanjung Malaysia, manakala HARAPAN semakin lemah. BN pula menguasai 127 kerusi parlimen.

Untuk menjadi kuasa penentu PAS bukan saja perlu mengekalkan 70 peratus sokongan pengundi Melayu tetapi juga perlu menarik sekurang-kurangnya 40 peratus Melayu yang sebelum ini berpihak kepada BN.

PAS juga perlu berharap tiada pengundi Melayu memberikan sokongan mereka kepada HARAPAN.

Ini akan menyumbang 65 kerusi kepada PAS di semenanjung berbanding 54 untuk BN.

Walaupun jika ia mengekalkan status quo di Malaysia Barat BN hanya akan memenangi 102 kerusi dan masih gagal membentuk kerajaan.

Senario 3: Tsunami Melayu buat HARAPAN

Kami mengandaikan PAS kehilangan 60 peratus sokongan pengundi Melayu dan 80 peratus pengundi bukan Melayu yang memberikan tanda pangkah masing-masing kepada HARAPAN kesan tindakan mereka meninggalkan Pakatan Rakyat.

Pada masa sama kami menjangkakan HARAPAN kehilangan 40 peratus undi Melayu yang menyokong PAS.


Dalam keadaan begini kelebihan memihak kepada BN yang akan membawa 117 kerusi buat mereka berbanding hanya 48 untuk HARAPAN. PAS pula gagal memenangi sebarang kerusi.

Jika berlaku tsunami Melayu yang tidak memihak kepada BN dan 20 peratus pengundi Melayu meninggalkan parti berkenaan untuk HARAPAN, ditambah 10 peratus pengundi BN menyokong PAS, HARAPAN akan mendapat 96 kerusi di Semenanjug Malaysia.

BN pula mendapat 69 kerusi manakala PAS kosong.

Bagaimanapun ini masih tidak mencukupi untuk HARAPAN membentuk kerajaan kerana BN mampu melakukannya dengan andaian mereka mengekalkan status quo di Sabah dan Sarawak.

Namun sesetengah pihak berpendapat Parti Warisan Sabah (WARISAN) mungkin dapat menyumbang sejumlah kerusi buat HARAPAN dan ia akan membawa senario yang berbeza pula.

Namun jika semua keadaan di atas kekal dan sokongan pengundi Melayu untuk BN beralih lima peratus menjadi 25 peratus buat HARAPAN, gabungan pembangkang itu akan menguasai 122 kerusi dan mencukupi bagi membentuk kerajaan pusat.

Kemungkinan-kemungkinan di atas adalah cuma contoh yang mudah. Perlu diingatkan pada setiap PRU perubahan sokongan pengundi adalah rumit dan pembaca dipelawa melakukan uji kaji dengan simulasi yang kami sediakan di bawah.

Sebagai pilihan pembaca boleh mengakses simulator itu di sini. Dan jangan lupa kongsikan keputusan anda di media sosial!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.