Halaman

Selasa, 5 Jun 2018

Anwar berbesar hati sokong tugas berat Dr M


27600fb2-a944-497b-9984-c222327acd45


KEADILAN DAILY


Datuk Seri Anwar Ibrahim bersyukur kerana beliau tidak terus menggalas tugas berat untuk membetulkan kerosakan negara yang ditinggalkan BN sebaik sahaja dibebaskan daripada penjara.

Menurutnya, tugas tersebut sangat mencabar dan beliau berbesar hati untuk menyokong Tun Dr Mahathir Mohamad dalam melaksanakan tugas itu.

“Ada hikmahnya juga saya bukan perdana menteri sekarang kerana tugasnya sangat mencabar, terpaksa bertempur hadapi kekuatan lama, rasuah besar, seluruh sistem kena betulkan, pegawai kerajaan, badan kehakiman, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Itu tugas berat, saya terlepas, kerja saya sokong sahaja. Kalau Dr Mahathir berhasil dalam proses peralihan ini, ia menguntungkan saya juga, tidak merugikan,” katanya dalam segmen wawancara Terus Terang yang disiarkan menerusi laman Facebook Invoke Malaysia.

Anwar yang kini menjelajah negara untuk bertemu orang ramai dan juga Raja-raja Melayu adalah bakal perdana menteri Malaysia yang ke-7 selepas Dr Mahathir yang menggalas amanah tersebut buat kali kedua selepas bersara pada tahun 2003.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.