Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Sembilan itu yang mesra dikenali sebagai Tok Mat berkata, BN kini adalah satu jenama yang sudah tidak boleh “dijual” dan kerana itu ahli Umno perlu mengukuhkan parti Melayu itu supaya ada kekuatan tersendiri dan kembali mampu mengikat semua parti komponen BN yang lain.
"BN satu jenama yang kita tidak boleh jual lagilah, kita jagalah parti kita...kita lupakan dulu BN, bila kita dah kuat nanti orang datang balik dekat kita, kita kuatkan dulu parti kita," katanya pada mesyuarat sayap-sayap Umno Bahagian Rembau yang dihadiri 2,367 perwakilan di Senawang, hari ini.
Tambahnya, setiap parti komponen BN kini perlu bersama-sama mengukuhkan kedudukan mereka dan tidak lagi mengharapkan Umno seperti ketika BN jadi kerajaan.
"Lupakan semua, fikir cara untuk perkasakan Umno, cara nak pastikan Umno ini kuat semula. MCA dan MIC, Gerakan perlu urus parti (masing-masing). Kita bukan duduk dalam BN macam 2008 dan 2013, walaupun prestasi masing masing kurang baik tapi kerana kita kerajaan kita boleh bawa mereka bersama.
"Umno tiada kapasiti itu lagi. Umno sekarang sama macam parti masing-masing. Mereka (parti komponen BN) kena berusaha. Umno berusaha kukuhkan parti kita. MCA kukuhkan parti MCA,begitu juga Gerakan dan MIC. Jangan tunding jari lagi. Katalah Umno penyebab kalah. Itu tak baik dan itu tak betul...daripada kita duduk tunding jari dekat orang kita lihat diri kita sendiri," katanya.

"Sekarang keruh dah tiada. Sebab itu saya yakin Umno boleh bangun dan bina balik kerajaan. Keruh 1MDB sudah tiada. Dia (kerajaan Pakatan Harapan) dah siasat, terpulanglah kepada undang-undang, keruh Tabung Haji, Felda sudah tiada lagi.
"Sekarang saya amat lega sebab tanggungjawab besar yang terpikul atas bahu kita sebagai kerajaan sudah tiada lagi," katanya.
Beliau turut menambah, disebabkan Umno-BN bukan lagi kerajaan, mereka kini ada banyak masa untuk bina semula parti dan bersiap hadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kelak.
Mohamad akan menentang Ketua Penerangan Umno Annuar Musa bagi kerusi timbalan presiden dalam pemilihan 30 Jun depan. Sekiranya menang, katanya, beliau akan memberi tumpuan membangun dan mengurus Umno.
"Biarlah siapa pun presiden, saya akan urus Umno, macam mana bagus pun sesuatu organisasi kalau tak diurus dengan baik pasti akan lingkup.”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.