Halaman

Sabtu, 2 Jun 2018

Dr Mahathir pemimpin tertua di dunia pada usia 92 tahun


 

THE MALAYSIAN INSIGHT


Dr Mahathir Mohamad di atas pentas semasa kempen Pilihan Raya Umum ke-14. yang menyaksikan beliau bertanding di Langkawi. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli


AHLI politik veteran Dr Mahathir Mohamad menjadi pemimpin tertua di dunia, susulan kemenangan mengejutkan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum ke-14, yang mengakhiri 60 tahun pemerintahan Barisan Nasional.

Pada usia 92 tahun, beliau yang pertama kali menjadi perdana menteri dari 1981 hingga 2003, mengetuai PH untuk memenangi pilihan raya, yang pertama kali dimenangi blok pembangkang sejak kemerdekaan Malaysia.

Ia adalah kemenangan yang membawa Dr Mahathir kembali menerajui negara.

Aksi Dr Mahathir Mohamad selepas sidang akhbar di ibu pejabat Bersatu di Petaling Jaya pada 20 Februari. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli
 
Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad tiba di perhimpunan bulanan dengan kakitangan kerajaan di Putrajaya pada 21 Mei. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 
 
Dr Mahathir Mohamad berdoa semasa menziarahi pusara bekas presiden PAS Fadzil Noor di Masjid Muassasah Darul Ulum di Pokok Sena, Kedah, pada 5 Mei. – Gambar The Malaysian Insight oleh David ST Loh, 
 
Dr Mahathir Mohamad dilihat bersama pemimpin lain semasa sidang media di Taman Tasik, Kuala Lumpur pada 11 Mei. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain
 
Dr Mahathir Mohamad mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-14 di Sekolah Titi Gajah, Kepala Batas, Kedah, pada 9 Mei. – Gambar The Malaysian Insight oleh David ST Loh, 
 
Dr Mahathir Mohamad menyampaikan ucapan pada majlis pengumuman calon Pakatan Harapan di Petaling Jaya, Selangor, pada 24 April. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal,
 
Dr Mahathir Mohamad semasa sidang akhbar di ibu pejabat Bersatu di Petaling Jaya pada 26 Julai tahun lepas. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli,
 
Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad semasa menghadiri perhimpunan bulanan dengan kakitangan kerajaan di Putrajaya pada 21 Mei. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli,
 
Dr Mahathir Mohamad dan pemimpin Pakatan Harapan melambai selepas sidang akhbar di sebuah hotel di Petaling Jaya pada 10 Mei, sehari selepas Pilihan Raya Umum ke-14. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli
 
Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dan pemimpin Pakatan Harapan meraikan kemenangan Pilihan Raya Umum ke-14 di sebuah hotel di Petaling Jaya pada 10 Mei. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 
 
Pengerusi Bersatu Dr Mahathir Mohamad dan Presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail ketawa semasa sidang akhbar selepas mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan di Petaling Jaya pada 15 Julai tahun lepas. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli,
 
Dr Mahathir Mohamad bergambar di depan potretnya di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya pada 3 Januari. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal
 
Dr Mahathir Mohamad bergambar bersama motosikalnya sebelum dilelong semasa majlis makan malam mengumpul dana di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya pada 23 Januari – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal
 
 
Dr Mahathir Mohamad berbual dengan isterinya, Dr Siti Hasmah Mohamad Ali, semasa majlis Pakatan Harapan di Sungai Petai, Melaka, pada 25 Februari. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal,

 
Dr Mahathir Mohamad melambai kepada petugas media yang berada di pejabatnya di Petaling Jaya, Selangor, pada 4 Januari. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.