Halaman

Sabtu, 2 Jun 2018

Fail merah perlu ambil masa untuk diteliti, kata Guan Eng

Fail merah perlu ambil masa untuk diteliti, kata Guan Eng
Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata kementeriannya memberi masa kepada firma audit dan juruaudit dalaman menyiasat dengan terperinci. – Gambar fail The Malaysian Insight
 
PIHAK berkuasa masih meneliti "fail merah" dalam siasatan mereka berhubung skandal melibatkan pentadbiran Barisan Nasioanl (BN) sebelum ini, kata Lim Guan Eng.

Menteri Kewangan itu berkata proses itu masih lagi berjalan dan siasatan masih diteruskan.
"Kami perlu memberi masa kepada firma audit dan juruaudit dalaman menyiasat dengan terperinci.

"Mereka akan melakukan yang terbaik dan bekerja secepat yang mungkin. Kami mahu mereka menyiasat dengan terperici. Tiada masa yang ditetapkan untuk mereka," Lim memberitahu wartawan di Pulau Pinang hari ini.

Beliau ditanya mengenai perkembangan terkini tentang fail merah  yang hanya boleh diakses oleh pegawai kanan kerajaan tertentu dan tidak boleh disemak oleh auditor dan penyemak lain.

Turut terkandung ialah laporan 1Malaysian Develoment Berhad (1MDB), termasuk bukti bahawa hutang syarikat pelaburan itu dibayar oleh kerajaan dan bukan oleh syarikat itu sendiri.

Sementara itu, Lim yang juga Ahli Parlimen Bagan dan Adun Air Putih di Pulau Pinang mengucapkan tahniah kepada kerajaan Pulau Pinang yang memotong gaji ketua menteri dan exco sebanyak 10%.

Gaji yang dipotong itu akan disumbangkan setiap bulan kepada Tabung Hapan Malaysia.

"Saya juga mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri Kedah dan Johor kerana membuat perkara yang sama," kata Lim.

Apabila ditanya berapa lamakah kerajaan merancang untuk mengekalkan Tabung Harapan, Lim berkata ia bergantung kepada rakyat.

"Apabila masanya tiba... terserah kepada rakyat. Tiada paksaan. Orang menderma dengan rela hati. Ia juga boleh ditolak cukai," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.