Calon Presiden Umno Khairy Jamaluddin membidas tindakan Menteri Kewangan Lim Guan Eng yang menggunakan bahasa Mandarin untuk kenyataan rasmi kerajaan.
Menurut bekas Ketua Pemuda Umno itu, tindakan Lim tidak boleh diterima sama sekali.
"Tindakan kementerian kewangan yang mengeluarkan kenyataan dalam bahasa Mandarin bukan hanya dilihat seperti memberi fokus hanya kepada pengguna bahasa tersebut tetapi juga cuba untuk mengubah norma bahasa yang diguna pakai kerajaan.
"Ini bukan hanya seolah-olah mencabar mereka yang mendukung bahasa rasmi Persekutuan tetapi juga merosakkan usaha menyatupadukan negara dengan satu bahasa bersama," kata Khairy dalam satu kenyataan di Facebook.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.