MEDAN BERITA POLITIK : KE ARAH BERFIKIR, MENGINSAFI DAN BERTINDAK
Halaman
▼
Jumaat, 22 Jun 2018
Lesen terbang gunakan sosial media terus berlelusa
MalaysiaGazette
Pegawai
Tugas-Tugas Khas kepada Menteri Pengangkutan, Chung Yi Fan (kanan) dan
Setiausaha Akhbar kepada Menteri Pengangkutan, Lim Swee Kuan (kiri)
menunjukkan laporan polis yang dibuat mengenai isu pihak yang menawarkan
lesen terbang kepada orang awam melalui media sosial di Ibu Pejabat
Polis Daerah Petaling Jaya, Petaling Jaya. foto AFIQ RAZALI,
KUALA LUMPUR – Satu laporan polis berhubung sindiket pengeluaran
‘lesen terbang’ dan ‘lesen gerenti lulus’ yang menggunakan media sosial
sebagai platform untuk menarik perhatian pengguna bagi mendapatkan lesen
tanpa perlu menghadiri khusus dan ujian memandu.
Laporan yang dibuat Pegawai Tugas-Tugas Khas Kementerian
Pengangkutan, Chong Yi Fan selepas menerima aduan tentang sindiket yang
semakin berleluasa itu dan ia bukan sesuatu baharu.
Menurut Yi Fan, beliau turut terpanggil selepas melihat iklan-iklan
lesen terbang secara terbuka dan tidak mengikut lunas undang-undang,
malah isu ini sudah lama menghantui kerajaan sebelum ini.
“Lesen terbang ini bertentangan dengan undang-undang, saya telah
membuat laporan polis tentang perkara ini kerana apa yang ditawarkan ini
boleh didapati tanpa ujian serta latihan seperti termaktub.
“Ada segelintir pihak yang mendakwa mereka boleh menawarkan
perkhidmatan mendapatkan lesen tanpa menduduki apa-apa ujian dengan
membekalkan dokumen Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
“Dengan tawaran wang antara RM990 sehingga RM2,990, dikatakan
seseorang pengguna boleh mendapatkan lesen pelbagai kelas. Kita mahu
pihak polis siasat sindiket yang dilakukan dengan begitu terbuka.
“Kita tidak boleh sesekali membiarkan perkara seperti ini berlaku
terutamanya selepas kerajaan yang telah dipilih oleh rakyat, kita telah
meminta kerjasama oleh pihak berkuasa untuk menangani kes ini dan
memastikan ianya tidak berleluasa seperti cendawan tumbuh,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas membuat laporan
polis berhubung perkara itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya
yang turut ditemani oleh Setiausaha Akhbar Menteri Pengangkutan, Lim
Swee Kuan. Pegawai
Tugas-Tugas Khas kepada Menteri Pengangkutan, Chung Yi Fan pada sidang
media selepas membuat laporan polis mengenai isu pihak yang menawarkan
lesen terbang kepada orang awam melalui media sosial di Ibu Pejabat
Polis Daerah Petaling Jaya, Petaling Jaya. foto AFIQ RAZALI
Yi Fan mengulas tentang laporan muka depan akhbar berbahasa Cina
mengenai sindiket yang menawarkan lesen memandu tanpa perlu menjalani
ujian JPJ yang tersebar di media sosial terutama Facebook.
Tambah Yi Fan, beliau yang tidak mahu menuding jari kemungkinan ada
pegawai JPJ membantu mendapatkan lesen terbang, sebaliknya memberikan
kepercayaan penuh kepada polis untuk menyiasatnya dengan telus.
“Biar polis siasat, saya tidak mahu memberi apa-apa komen menjurus ke
arah itu, sebaliknya pihak berkuasa akan menyiasat dari pelbagi sudut.
“Malah pada minggu hadapan, JPJ akan membuat satu sidang media bagi
membuat pengumuman tentang isu lesen terbang ini,” katanya. –
MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.