MEDAN BERITA POLITIK : KE ARAH BERFIKIR, MENGINSAFI DAN BERTINDAK
Halaman
▼
Sabtu, 30 Jun 2018
NGO mahu peguam kes Scorpene dibenar masuk ke Malaysia
THE MALAYSIAN INSIGHTPembelian kapal selam Scorpene telahpun didakwa di mahkamah Perancis pada 2009. – Gambar EPA,
NGO hak asasi menggesa kerajaan menarik
semula sekatan terhadap peguam Perancis yang mengendalikan kes kapal
selam Scorpene untuk masuk ke negara ini.
Menurut Suaram dan C4, ia bagi membolehkan peguam tersebut, William
Bourdon menasihati kerajaan berhubung kes yang melibatkan Najib Razak
semasa mengetuai kementerian pertahanan.
“Memandangkan kerajaan Pakatan Harapan memberi komitmen tinggi untuk
menghapus rasuah, kami menyeru Menteri Dalam Negeri Muhyiddin Yassin
membatalkan sekatan yang dikenakan terhadap William Bourdon dengan
segera.
“Langkah ini membolehkan beliau memasuki Malaysia dan memberi nasihat
kepada kerajaan, khususnya menteri pertahanan mengenai perkembangan
terkini kes, dan langkah seterusnya yang akan diambil untuk memastikan
kes itu dapat diteruskan tanpa halangan di mahkamah Perancis,” kata NGO
tersebut dalam satu kenyataan.
Kenyataan itu dikeluarkan selepas NGO berkenaan mengadakan pertemuan dengan Menteri Pertahanan Mohamad Sabu semalam.
Dalam pertemuan itu, mereka dimaklumkan bahawa Bourdon sedang
mengatur pertemuan dengan kerajaan Malaysia, namun peguam itu tidak akan
dapat masuk ke negara ini kerana disekat masuk sejak 2011.
Sekatan itu dibuat
oleh pentadbiran Najib selepas Suaram memfailkan saman di Perancis
mengenai penglibatan Malaysia dalam urus niaga pembelian dua kapal selam
Scorpene.
Dua orang eksekutif utama daripada syarikat yang terlibat dengan kes
rasuah dalam pembelian kapal selam tersebut telahpun didakwa di mahkamah
Perancis pada 2009.
Tumpuan utama kini adalah sebuah syarikat dikaitkan dengan penasihat
Najib, Abdul Razak Baginda, iaitu Perimekar Sdn Bhd yang didakwa
menerima RM540 juta sebagai komisen bagi perjanjian pembelian tersebut.
Beberapa dana dari penjualan juga didakwa disalurkan ke sebuah lagi
syarikat yang juga dikaitkan dengan Abdul Razak, Terasasi Ltd yang
didaftarkan di Hong Kong.
Pada 22 Jun lalu, Menteri Kewangan Lim Guan Eng mengesahkan bahawa
Perancis masih menyiasat pembelian kapal selam kontroversi berkenaan
yang bernilai 1 bilion Euro.
Menteri Pertahanan Mohamad Sabu juga baru-baru ini mengumumkan,
kementeriannya akan menubuhkan pasukan petugas khas bagi menyiasat kes
Scorpene
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.