MAJLIS Pembangunan
Pendidikan Islam Malaysia (MAPPIM) mengucapkan tahniah kepada Tun
Dr.Mahathir Mohamad Perdana Menteri Malaysia Baru, serta pasukan kabinet
Pakatan Harapan (PH) yang telah memenangi PRU14 2018.
Kemenangan ini adalah mandat rakyat dan
kini rakyat menunggu janji manifesto Malaysia Baru yang telah dijanjikan
daripada manifesto PH.
2. Walau bagaimana kita dikejutkan
dengan cadangan Perdana Menteri dengan persetujuan PH untuk melantik
Tommy Thomas (TT) sebagai calun tunggal Peguam Negara (AG).
3. Lebih mengejutkan lagi apabila telah
dikeluarkan kenyataan media daripada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja
yang mengumumkan pada ketika ini, Putrajaya dan Istana Negara belum lagi
mencapai persetujuan tentang calun penganti Peguam Negara yang lalu.
4. Akibat daripada situasi ini, telah
menimbulkan "keresahan" kepada kebanyakan rakyat dan institusi negara
sehingga pelbagai pihak yang mewakili pelbagai institusi, NGO/NGI
khususnya ummat Islam sebagai rakyat majoriti dan Islam sebagai agama
rasmi dalam Perlembagaan Persekutuan "berasa tidak sewajarnya" Peguam
Negara dicalunkan kepada Tommy Thomas yang pernah membuat kenyataan yang
mempersoalkan Islam dalam konteks bernegara.
5. Sewajarnya perkara ini perhalusi
sebaik baiknya, dengan mengambilkira janji-janji pada petikan buku
Harapan PRU14, Pakatan Harapan mukasurat 45 : Janji 11, yang berbunyi;
"Kerajaan Pakatan Harapan akan sentiasa meletakkan pandangan dan teguran
Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu di tempat tertinggi, iaitu
sesuai dengan kedudukan Raja Berpelembagaan dalam negara kita."
Maka sewajarnya boleh difahami dalam
konteks persetujuan yang belum dicapai diantara Putrajaya dan Istana
Negara, merupakan suatu bentuk teguran yang perlu diamati dan dihormati
dengan sebaik-baiknya oleh PM dan Kerajaan PH.
6. Situasi ini juga diperkukuhkan oleh
kenyataan DS Anwar Ibrahim yang telah bertemu Raja-Raja Melayu yang
memberikan keyakinan bahawa Kerajaan Pakatan Harapan akan menjaga dan
menghormati Institusi Raja-Raja Melayu tampa mengikut telunjuk
pihak-pihak yang tertentu. Juga akan sentiasa menjaga Agama Islam dan
Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
7. Maka, keputusan persetujuan yang
belum dicapai di antara Putrajaya dan Istana adalah perkara penting dan
besar yang melibatkan Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan, Islam
adalah agama rasmi. Dalam menjalankan tugas Sumpah Yang di-Pertuan Agong
Perkara 145(1) dan 145(5) maka perlantikan Peguam Negara sangat
memerlukan "kecermatan dan pertimbangan yang sangat halus".
8. Rakyat Malaysia Baru, mengharapkan
kemelut di atas dapat diatasi dan diselesaikan dengan penuh berhemah dan
hikmah serta penuh kebijaksanaan diantara Kerajaan Pakatan Harapan
Putrajaya dan Istana Negara bagi menghormati Islam adalah agama rasmi
negara dan Institusi Raja-Raja adalah sebagai payung agama dan
negara.Berikan hak rakyat untuk rakyat dan berikan hak Raja-Raja demi
agama dan negara.HARAKAHDAILY
*Mohd Zai Mustafa ,Ketua Eksekutif MAPPIM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.