Mereka tidak pernah berada dalam masjid, apatah lagi menyertai umat Islam berbuka puasa bersama-sama. Mereka tidak tahu yang mereka boleh melakukannya, sehingga petang semalam.
Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Penggerak Komuniti Muda (Peka) di Pulau Pinang menganjurkan program gotong-royong dan majlis berbuka puasa di Masjid Jamek Sungai Acheh di Nibong Tebal.
Beberapa ahlinya yang berbangsa Cina membantu penduduk tempatan memasak "bubur lambuk" di masjid pada sebelah petang dan pergi ke Kampung Sungai Chenaam bersama rakan-rakan Muslim yang lain untuk mengagihkannya dari pintu ke pintu.
"Saya tidak pernah membantu orang memasak di masjid sebelum ini. Ia adalah satu pengalaman yang istimewa," kata pelajar Kolej Tunku Abdul Rahman Chuah Tiong Yee, 21, seorang ahli Peka.
Pelajar jurusan kajian kuantiti itu mengatakan satu perkara yang dipelajari daripada acara itu adalah pengetahuan mengenai mengapa umat Islam mengedarkan bubur lambuk pada Ramadan.
"Memberi bubur itu bererti berkongsi kebaikan, memanjangkan hasrat baik... itu sebab yang sama mengapa kami orang Cina memberikan buah limau mandarin semasa Tahun Baru Cina. Saya fikir ia hebat," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.