KUANTAN: Setiap parti
mempunyai strategi tersendiri untuk menang dalam pilihan raya dengan
mengetengahkan idelogi perjuangan yang berbeza.
Begitu juga PAS memilih perjuangan
mendaulatkan Islam dengan menjadikan pilihan raya sebagai wahana bagi
mencapai matlamat tersebut.
Pesuruhjaya PAS Pahang, Ustaz Rosli Abd
Jabar berkata, sejarah perjuangan Islam ada jatuh bangunnya sejak zaman
Nabi Muhammad SAW.
Katanya, hanya dengan kegigihan baginda dan sahabat menyebabkan Islam tersebar ke seluruh dunia.
“Namun malangnya ada orang Islam sendiri
yang tidak yakin parti yang memperjuangkan Islam mempunyai masa depan
cerah di Malaysia,” katanya di sini.
Baru-baru ini bekas Menteri Pelancongan,
Dato’ Seri Mohamad Nazri Abdul Aziz dilapor berkata, beliau tidak yakin
parti yang berteras Islam mempunyai masa depan yang cerah di Malaysia
berdasar keadaan sekarang.
Rosli yang juga Adun Tanjung Lumpur
berkata, kenyataan yang diluah pemimpin Umno terbabit secara jelas
menggambarkan parti itu tidak minat mahu mendaulatkan Islam di negara
ini. - HARAKAHDAILY
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.