Pendekatan tergesa-gesa Pakatan Harapan (HARAPAN) dalam melaksanakan dasar pembaharuan selepas mengambil alih Putrajaya boleh memberi kesan buruk kepada pentadbiran mereka, kata penganalisis politik.
William Case, yang menerajui Sekolah Politik, Sejarah dan Hubungan Antarabangsa di kampus Universiti Nottingham di Malaysia berkata, ini kerana HARAPAN berisiko menyebabkan ketidakpuasan hati pihak yang terjejas dengan inisatif pembaharuan termasuk yang melibatkan pemotongan kos.
"Sering kali parti yang baru berkuasa, mereka tidak sabar untuk pergi jauh dalam masa yang singkat bagi melaksanakan pembaharuan mereka.
"Jadi apabila parti itu mula menjejaskan beberapa golongan elit, golongan itu akan melawan semula dan menentang kerajaan baru," kata Case dalam forum awam bertajuk Pasca PRU14: Memastikan Demokrasi Terlaksana yang diadakan di Universiti Malaya hari ini.
Case memberi contoh bekas presiden Filipina Corazon Aquino dalam isu dasar pembaharuan tanah yang diperkenalkan lewat 1980an bagi mengagihkan tanah pertanian yang sebelum itu dimonopoli elit pemerintah di bawah pemerintahan Ferdinand Marcos.
"Pecat penjawat awam, batalkan kontrak, batalkan Dasar Ekonomi Baru, atau pinggirkan pelaburan China.
"Buat semua ini dengan tergesa-gesa dan tengok apa jadi.
"Saya fikir, anda perlu berhati-hati dalam mengambil langkah dan pendekatan yang memberi kesan sebegitu," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan