Bernama / ASTRO AWANI
Menurut
Rafidah, golongan muda yang malas dan tidak berdaya saing bererti
mereka tidak berbangga menjadi rakyat Malaysia. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Rafidah Aziz berkata sudah tiba masanya konsep ketuanan Melayu digantikan dengan konsep yang lebih terangkum iaitu 'ketuanan Malaysia'.
Katanya, konsep ketuanan Melayu sudah tidak sesuai digunakan dalam masyarakat hari ini dan keutamaan sepatutnya diberikan kepada negara.
Dalam wawancara eksklusif bersama portal berita Malaysiakini, beliau berkata: "Kini, konsep yang lebih sesuai adalah ketuanan Malaysia...negara ini mesti didahulukan.
Dalam laporan itu, Rafidah seterusnya berkata golongan muda di negara ini perlu memainkan peranan dan berbangga sebagai rakyat Malaysia.
Menurutnya, golongan muda yang malas dan tidak berdaya saing bererti mereka tidak berbangga menjadi rakyat Malaysia.
Bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu menegaskan tidak bergaul dengan bangsa lain merupakan antara sebab ramai tidak dapat menghayati kehidupan pelbagai kaum sebagai rakyat Malaysia. -- BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.