Halaman

Sabtu, 2 Jun 2018

Restoran di Bangsar terima notis kerana caj GST kepada pelanggan

THE MALAYSIAN INSIGHT
Restoran di Bangsar terima notis kerana caj GST kepada pelanggan
Beberapa pegawai daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna memeriksa dokumen yang terdapat di restoran La Bodega di Bangsar, Kuala Lumpur. – Gambar Fecebook
 
SEBUAH restoran di Bangsar dipanggil oleh kerajaan berhubung aduan pelanggan kerana masih mengenakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang berakhir semalam.

Dalam siaran Facebook, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNKK) berkata ia melakukan lawatan ke cawangan La Bodega di Kompleks Membeli-Belah Bangsar, Kuala Lumpur semalam berhubung aduan yang diterima.

Semua aduan itu berhubung perbezaan antara harga dalam menu dan resit pelanggan, menurut kenyataan pada "KPDNKK-Laman Rasmi".

"Pengurus Operasi La Bodega berkata perbezaan harga disebabkan masalah dengan penyelarasan harga di ibu pejabar La Bodega," kata kenyataan itu.

"Pemeriksaan kami menunjukkan premis masih menggunakan menu lama di mana harga termasuk 6% GST. Mereka dinasihatkan menukar menu bagi menunjukkan GST 0%. "

Siaran itu juga berkata harga di resit menunjukkan potongan 6% secara manual kerana cawangan itu menunggu perubahan keseluruhan sistem dari ibu pejabatnya.

"Notis S21 dikeluarkan kepada pihak pengurusan agar menyerahkan semua dokumen berkaitan kepada kementerian dalam tempoh lima hari bekerja dan memberi penjelasan mengenai perbezaan harga sebagaimana dinyatakan dalam aduan."

Menu dan resitnya disita untuk siasatan lanjut, menurut siaran tersebut.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.