"Tidak apalah… itu cadangan daripada dia (Tengku Razaleigh)," katanya, seperti dipetik Bernama.
Razaleigh malam tadi berkata, beliau sedia untuk berdebat dengan calon presiden bagi menjelaskan kenapa beliau masuk bertanding pemilihan jawatan tertinggi parti itu.
"Kalau saya berani membuat penjelasan, yang lain-lain pun patut ikut serta dan sanggup membuat penjelasan yang sama," katanya, merujuk kepada Zahid dan seorang lagi calon presiden, Khairy Jamaluddin.
Khairy sementara itu berkata beliau sedia menyahut "cabaran" debat Razaleigh itu.
Dalam pada itu, Menteri Penerangan Gobind Singh Deo berkata, Radio Televisyen Malaysia (RTM) tidak keberatan untuk menyiarkan debat calon presiden Umno itu dan terserah kepada calon-calon yang terlibat.
Zahid ditemui wartawan pada majlis jamuan hari raya Aidilfitri anjuran Umno Pahang di Temerloh, hari ini, yang berlangsung sempena satu pertemuan tertutup dengan pimpinan Umno negeri itu.
Pimpinan Umno negeri diketuai pengerusi Badan Perhubungan Umno Pahang, Adnan Yaakob dan timbalannya Mohd Sharkar Shamsuddin serta barisan kepimpinan Umno negeri.
Pertemuan itu disertai dua calon timbalan presiden, Mohamad Hasan dan Annuar Musa, serta empat daripada tujuh calon naib presiden iaitu Ismail Sabri Yaakob, Mahdzir Khalid, Tajuddin Abdul Rahman, Johari Abdul Ghani, dan calon ketua wanita, Noraini Ahmad.
Menurut Zahid, Pahang adalah destinasi pertamanya berkempen dan akan diikuti negeri-negeri lain sebelum pemilihan pada 30 Jun ini.
"Ibu pejabat telah mengaturkan pertemuan semua calon daripada semua peringkat untuk pergi ke negeri-negeri bagi memberi peluang kepada calon untuk memperkenalkan diri… ini juga membolehkan mereka mengenali perwakilan seluruh negara," katanya, dipetik Bernama.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.