Halaman

Isnin, 4 Jun 2018

Zakir Naik tak terlepas jika lakukan kesalahan, kata Muhyiddin

 
Tetapi Muhyiddin tidak mahu memberi komen sama akan melindungi Zakir daripada sebarang permohonan ekstradisi.
 
 
Zakir Naik menerima taraf penduduk tetap Malaysia, dan kini tinggal di Putrajaya di sebalik siasatan terhadapnya di India. (Gambar AFP)


KUALA LUMPUR: Putrajaya hari ini memberi amaran Dr Zakir Naik tidak akan terlepas undang-undang sekiranya melakukan kesalahan, tetapi enggan mengulas pendirian kerajaan mengenai usaha pihak berkuasa India membawa pulang penceramah itu untuk disoal mengenai kesalahan pengubahan wang dan keganasan.

Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Zakir yang mempunyai taraf penduduk tetap tertakluk kepada undang-undang.

“Dia masih tertakluk pada undang-undang sama ada berkait isu agama atau jenayah dan tidak akan dilindungi,” katanya pada sidang selepas mengadakan lawatan rasmi ke ibu pejabat polis di Bukit Aman hari ini.

Zakir yang merupakan penerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah 2013 daripada kerajaan Barisan Nasional disiasat pihak berkuasa India atas dakwaan pengubahan wang dan jenayah berkaitan keganasan.

Zakir disiasat di India di bawah Akta Kegiatan Menyalahi Undang-Undang (Pencegahan) atas tuduhan menghasut belia melakukan keganasan dan menyertai kumpulan pengganas global seperti IS.

Tahun lalu, Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, berkata kerajaan tidak menerima permohonan ekstradisi daripada New Delhi untuk menghantar pulang Zakir.

Sementara itu, Muhyiddin mengumumkan jawatankuasa bagi menguruskan isu penduduk negara ini yang mengalami masalah kerakyatan, yang akan dipengerusikan sendiri Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

LIHAT VIDEO DI SINI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.