Hubungan
perdagangan dua hala antara China dan Malaysia diharap dapat
dipertingkat menerusi lawatan rasmi Perdana Menteri Tun Dr Mahathir
Mohamad ke China, seterusnya memberi manfaat kepada industri minyak
sawit, kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV Holdings
Bhd Datuk Zakaria Arshad.
Zakaria berkata lawatan tersebut yang dijangkakan Ogos ini, akan menambah baik hubungan perdagangan sedia ada antara kedua-dua negara.
Ditanya sama ada FGV akan menyertai lawatan tersebut, Zakaria berkata FGV masih belum mendapat maklumat daripada pejabat Perdana Menteri mengenainya.
“Kami berharap lawatan ini akan memberi manfaat kepada industri sawit,” katanya ketika ditemui pada Majlis Sambutan Rumah Terbuka Riang Ria 2018 anjuran FGV hari ini seperti dipetik Bernama.
Mengulas lanjut mengenai eksport minyak sawit keluaran syarikat ketiga terbesar di dunia itu berasaskan keluasan tanaman tersebut, Zakaria berkata pembelian pukal dari China telah berkurangan berikutan harga pasaran yang kompetitif di pasaran China dan Malaysia, selain saingan dari negara jiran, Indonesia.
“Penguasaan pasaran FGV di China berada dalam lingkungan 20 peratus hingga 30 peratus, dan kita dapati ia (penguasaan pasaran) telah mencatatkan sedikit penurunan,” katanya.
Sementara itu, menjelaskan mengenai operasi syarikat tersebut, beliau berkata usaha untuk mengkaji semua portfolio pelaburan sedang giat dijalankan.
“Kita akan menyelaraskan mana-mana potrtfolio yang bermasalah dan memberi tumpuan kepada portfolio yang mendatangkan hasil, kita sudah menjalankan usaha ini namun keputusan penyelarasan masih belum diketahui,” kata Zakaria.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.