HALAMAN SANTAI

Sabtu, 28 Julai 2018

Habat jasa Salahuddin di Pulau Pinang sehingga dapat ‘Datuk’

 


Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Salahuddin Ayub hari ini dianugerahkan Darjah Setia Pangkuan Negeri (DSPN) yang membawa gelaran Datuk oleh Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas.

Ketika ditemui selepas istiadat khas di kediaman Yang Dipertua Negeri, Salahuddin yang diiringi isteri Fatimah Taha, melahirkan rasa bangga dan terharu menerima pingat kebesaran itu.

"Sesuatu yang sangat besar maknanya dalam karier politik saya sebagai orang Johor tetapi tiba-tiba mendapat penghargaan daripada Pulau Pinang," katanya.

Kita tak tolak sumbangan YB Salahudin semenjak dulu lagi.. namun ada moleknya menerima gelaran tersebut setelah beliau 'perform' sebagai seorang menteri.. Dulu semasa dalam PAS, pimpinan PAS tidak menerima pingat sewenangnya. Abdul Hadi beberapa kali menolak Dato' Seri sehingga nasihat pimpinan lain ambil untuk jaga hati sultan. Begitu juga Harun Taib dan ramai lagi.

Tapi tak sampai 100 janji manifesto terlaksana dah dapat Datok, Lagi habat di negeri lain pula. 


Mungkin kerana hebat mengira ikan dilaut dan lembu diladang yang 7 ekor.

Gelaran Datuk sekarang ni mcm senang-senang je boleh dapat.. ada bekas penjenayah yngg ada kes pun boleh dapat.. kenape ye? Manakah salah dan silap dia.. martabatkan gelaran tersebut.. ianya merupakan salah satu gelaran kebesaran 'Malaya' semenjak turun temurun.

Nanti adalah puak-puak taasub akan berkata daripada gelaran "jebon" kini dapat gelaran "datuk". 


Adakah hujah ini mampu dijawab dihadapan ALlah s.w.t. dalam pengkhinatan perjuangan Islam di Malaysia. Semoga Allah berikan kita pertunjuk, Jangan sampai Allah sesatkan kita dengan 'keduanian' yang kita dan puak kita banggakan.

Tiada ulasan: