SEMENYIH – Lim Kit Siang memberitahu beliau akan bangkit
mempertahankan Datuk Seri Najib Razak jika bekas perdana menteri itu
benar-benar menjadi mangsa dendam politik.
“Jika Najib boleh tunjukkan beliau memang mangsa dendam politik, saya
sanggup perjuangkannya,” katanya yang dipetik dari portal Malaysiakini.
Pada 5 Julai lalu, anak Najib, Datuk Nazifuddin Najib berkata,
bapanya hanyalah seorang lagi mangsa pendakwaan berat sebelah ekoran
“politik feudal yang penuh dendam”
Lim mempersoalkan dakwaan itu dengan membangkitkan bagaimana Najib
tidak dipaksa ke mahkamah dengan memakai seragam lokap Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serta dibenarkan untuk membayar ikat
jamin secara ansuran.
Anggota Parlimen Iskandar Puteri itu juga memuji layanan SPRM terhadap Najib dan berharap ia akan menjadi amalan badan itu.
Rabu lalu, Najib dihadapkan tiga pertuduhan melakukan pecah amanah
dan satu pertuduhan menyalahgunakan jawatannya berhubung dana SRC
International Sdn Bhd berjumlah RM 42 juta.
Najib yang ditahan SPRM sehari sebelumnya hadir ke mahkamah dengan
memakai kot dan kemudian dibebaskan dengan ikat jamin RM1 juta.
Sejumlah RM500,000 dibayar pada hari itu, dan bakinya perlu dibayar Isnin ini. – MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.