
Khalid
memberikan ucapan sulung kepada penduduk Wilayah Persekutuan di Masjid
Sultan Mizan, Putrajaya menjelang solat Jumaat hari ini.
Ketika memberikan ucapan sulung kepada warga Wilayah di Masjid Sultan Mizan, Putrajaya sebelum solat Jumaat tadi, Khalid berharap sangat agar beliau ditegur jika membuat kesilapan nanti.
“Amanah yang saya terima ini sangat berat. Harap-harap bantulah saya dengan menegur dan memberikan nasihat.
“Tegurlah saya jika berbuat silap, nasihatlah saya. Insya Allah saya akan menerimanya dengan baik,” kata Khalid pada hari ke empat beliau mula bertugas sebagai Menteri Wilayah.
Khalid berucap kira-kira 15 minit sebelum azan dilaungkan sebagai tanda masuknya waktu zohor di Putrajaya sebelum khutbah dan solat Jumaat ditunaikan.

Seorang jamaah masjid mengambil peluang untuk bergambar dengan Khalid selepas solat Jumaat.
“Janganlah kita menjadi rosak kerana akhlak kita yang buruk dan mengkhianat.
“Perebutan harta dunia ini antara punca kegagalan kita,” kata beliau menyindir pemimpin yang rasuah sehingga menyebabkan akhlak rakyat juga menjadi rendah.
Beliau juga meminta semua pihak agar mengejar kedua-dua, iaitu dunia dan juga akhirat.
“Dunia dan akhirat penting kedua-duanya dan ia boleh dicapai melalui akhlak yang baik,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.