Halaman
▼
Ahad, 19 Ogos 2018
Bodoh PH ni, Takkan Nak Marah UMNO Sokong PAS
Kemenangan PH pada PRU-14 lalu diluar jangkaan PH sendiri. Ini diakui oleh Tun Mahathir sendiri dalam beberapa siri kenyataannya.
Antara faktor mambantu ialah hampir 95% pengundi Cina mengundi PH dan 11% pengundi Melayu daripada UMNO dan PAS beralih kepada PH. Peralihan 11% undi pengundi Melayu menurut Ilham Centre, yang memberikan kuasa kepada pakatan empat parti itu untuk menggulingkan Umno dan gabungan Barisan Nasional (BN).
Ilham Centre memberi amaran undi lebihan 11% yang diterima itu bukanlah sokongan “tulen” kerana itu adalah pengundi UMNO dan PAS.
“Jumlah 11% itu mudah terjejas. Ia adalah undi protes terhadap Umno dan BN daripada orang Melayu kerana faktor Najib Razak,” kata Pemangku Pengarah Eksekutif Ilham Center, Mohd Azlan Zainal.
Undi ini juga datang daripada pengundi PAS melalui kempen "lebih afdhal buat masa ini jatuhkan Najib buat masa ini".
Timbul persoalan kenapa PH sekarang ini menyerang PAS dengan isu PAS dan UMNO nak bersatu? Tidak lain tidak bukan kerana PH bimbang dengan kedudukan 11% sokongan 'sementara' yang diperolehi semasa PRU-14 lalu.
Itu isu pokok. Isu semasa pula kenapa PH marah sangat UMNO sokong PAS? Dan kenapa ahli-ahli dan pendokong PAS bodoh melayang cybertropper PH yang membawa isu ini.
Perlu diingatkan kempen PAS hampir 60 tahun lalu adalah untuk menarik pengundi dan penyokong UMNO/BN untuk menyokong PAS selain menarik pengundi atas pagar.
Kalau pengundi UMNO, MCA dan MIC nak sokong PAS itu suatu yang benar, mesti Tok Guru Nik Abdul Aziz senyum nampak gigi jika beliau masih hidup.
Apa bodoh sangat cybertropper nak marah kerana UMNO nak sokong PAS. Dan sangat bodoh kita (PAS) layan tulisan bodoh PH yang mengutuk UMNO sokong PAS. Kalau ramai ahli dan pimpinan UMNO sokong PAS itu lebih baik dan mencapai apa yang PAS buat selama ini daripada Yusoff Rawa bapak Mujahid Liberal, diikuti Ustaz Fadhil Nor sehingga sekarang.
Cakap kepada mereka apa aku kisah!
*SemutApi @ FireAnt
http://semutapi-fireants.blogspot.com/

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.