Foto cahaya terang yang tular di media sosial
Seorang pemancing yang enggan dikenali berkata cahaya berwarna biru dan merah itu kelihatan hanya dalam tempoh empat saat.
"Kami nampak secara langsung di depan mata semasa memancing di tepi sungai. Keadaan di kawasan sungai yang sangat gelap menjadi terang oleh cahaya biru dan merah di atas langit," katanya sambil menambah objek bercahaya itu kelihatan besar dan sangat laju sebelum hilang daripada pandangan.
Sementara itu, menerusi laman sosial netizen turut berkongsi kejadian tersebut yang didakwa mengeluarkan bunyi letupan yang kuat sehingga gegarannya boleh dirasai di Kota Marudu, Kota Belud, Tuaran dan Kota Kinabalu.
"Aku sangka guntur tadi," kata seorang pengguna Twitter M_N_R@Mr_Ewnts90, manakala Khairul Anuar dalam catatan Facebook beliau berkata, "atas kepala limpas (melintas) tadi...serius 100% macam ini rupa dia..baru 20 minit yang lepas.” - Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.