PRK SERI SETIA | Calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia dari PAS, Dr Halimah Ali akan menumpukan kepada usaha membaik pulih kemudahan infrastruktur di pangsapuri Desa Mentari di Petaling Jaya sekiranya dipilih menjadi wakil rakyat di kawasan DUN itu, 8 Sept ini.
Beliau berkata langkah itu perlu supaya penduduk di kawasan pangsapuri berkenaan mendapat kemudahan infrastruktur terbaik sekaligus dapat hidup dengan keadaan lebih selesa.
"Hasil tinjauan kita lihat ada kemudahan di pangsapuri yang agak uzur selain perlu ditambah baik keadaannya termasuklah lif selain masalah pengurusan sampah, " katanya kepada pemberita pada program ziarah kasih di pangsapuri berkenaan hari ini.
Pada PRK itu, Dr Halimah yang juga bekas anggota Exco kerajaan Selangor berdepan pertembungan satu lawan satu menentang calon Pakatan Harapan, bekas anggota Majlis Bandaraya Petaling Jaya Halimey Abu Bakar.
Kerusi DUN Seri Setia kosong berikutan kematian penyandangnya, Prof Dr Shaharuddin Badaruddin akibat kanser usus pada 2 Ogos lepas.- Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.