Calon
Pakatan Harapan (PH), Halimey Abu Bakar (kiri) berbual dengan penduduk
yang mengidap strok, Mazlan Karim (kanan) ketika melawat Pangsapuri PKNS
Sri Lindungan sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) N.32 Seri Setia
di Petaling Jaya. Selangor. foto FAREEZ FADZIL
KELANA JAYA – “Tiada seorang pengundi pun bertanyakan janji 100 hari
Pakatan Harapan (PH) sejak hari penamaan calon hingga kini,” kata calon
PH bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Seri Setia, Halimey Abu Bakar.
Halimey bagaimanapun berkata, kebanyakan pengundi yang ditemuinya
hanya bertanyakan tentang Inisiatif Peduli Rakyat (IPF) yang disediakan
oleh Kerajaan Negeri Selangor.
“Sejak hari penamaan calon, sampai ke hari ini saya turun kempen
tiada seorang pun tanya tentang 100 hari itu, yang lebih orang tanya
tentang IPR.
“Saya rasa penduduk Seri Setia atau rakyat Selangor lebih gemar IPR
lagi (berbanding janji 100 hari ) dan tiada soalan tentang 100 hari pun
kecuali pihak media sahaja,” katanya ketika ditemui pemberita di sini,
hari ini.
Terdahulu beliau bersama jentera Bilik Gerakan PH Seri Setia
melakukan Ziarah Kasih golongan Orang Kurang Upaya (OKU) dan uzur di PJS
6A, Kampung Lindungan, di sini, hari ini. Calon
Pakatan Harapan (PH), Halimey Abu Bakar (kanan) berbual dengan penduduk
yang mengidap sakit tua, Krishnan Alagar (kiri) ketika melawat
Pangsapuri PKNS Sri Lindungan sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK)
N.32 Seri Setia di Petaling Jaya. Selangor. foto FAREEZ FADZIL
Beliau mengulas tentang 10 Janji PH selepas 100 hari menjadi Kerajaan
Persekutuan yang mana hanya 20 peratus tertunai dan ia mungkin
menjejaskan kempennya yang kini memasuki hari kedua, hari ini.
Antara 10 Janji 100 PH itu ialah memansuhkan Cukai Barang dan
Perkhidmatan (GST), mengembalikan semula subsidi minyak secara bersasar,
skim caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kepada suri rumah,
menangguhkan pembayaran semula pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan
Tinggi Nasional (PTPTN) dan menyamaratakan gaji minimum.
Manakala lima lagi 10 Janji 100 Hari PH itu ialah siasat institusi
terpalit dalam skandal 1MDB,
menghapuskan hutang-hutang tidak wajar
kepada peneroka Felda, mengkaji semula projek mega kepada negara-negara
asing, menubuhkan pasukan bertindak untuk mengkaji memulangkan autonomi
yang dijanjikan kepada Sabah dan Sarawak seperti yang tertakluk dalam
Perjanjian Malaysia 1963 dan meningkatkan akses, kualiti perkhidmatan
kesihatan.
Halimey berkata, pelaksanaan IPR di Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri
Setia masih belum 100 peratus dapat dinikmati oleh pengundi di kawasan
itu khususnya warga emas.
“Mungkin ada 20 peratus lagi yang masih tak tahu, ataupun tidak dapat
maklumat, mungkin mereka ini golongan yang berumur 70 tahun ke atas.
“Kita juga cuba mempertingkatkan manfaat ini dari segi Skim Mesra
Usia Emas, Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS), Hadiah Perkahwinan
RM500 untuk orang bujang, Kad Peduli Sihat.
“Baki 20 peratus ini akan minta wakil kita gerakkan semula borang
untuk bantu dan pulang semula ke pejabat DUN,” katanya lagi. –
MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.