Chong Sin Woon mempersoalkan Lim Kit Siang apa
peranan yang boleh dimainkan MCA sebagai parti pembangkang jika mereka
tidak boleh melakukan semak dan imbang kepada kerajaan.

Chong
Sin Woon menasihatkan Lim Kit Siang menggunakan platform DAP sebagai
parti komponen Pakatan Harapan untuk melaksanakan janji mereka yang
sehingga kini belum ditunaikan. (Gambar Bernama)
Beliau mengulas kenyataan Lim semalam yang MCA perlu melakukan pembaharuan menyeluruh untuk menjadi parti berkredibiliti yang boleh memainkan peranan semak dan imbang kepada kerajaan.
“Satu kenyataan yang bodoh dan angkuh daripada seorang veteran politik,” katanya ketika dihubungi FMT hari ini.
“Kalau kata MCA tak boleh lakukan, tunjukkan kepada kita bagaimana mereka dalam kerajaan boleh lakukan lebih baik kepada kita.
“Kalau DAP boleh melakukan peranan sebagai semak dan imbang dalam kerajaan, kita tak mainkan peranan itu. Jangan membuat kenyataan kebudak-budakan.”
Chong turut mempersoalkan penasihat DAP itu apa peranan yang boleh dimainkan MCA sebagai parti pembangkang jika mereka tidak boleh melakukan semak dan imbang kepada kerajaan.
Beliau menasihatkan Lim menggunakan platform DAP sebagai parti komponen Pakatan Harapan untuk melaksanakan janji mereka yang sehingga kini belum ditunaikan.
“Sebagai kerajaan, apa yang patut mereka lakukan ialah membangunkan negara dan melaksanakan manifesto mereka, tetapi mereka masih berlagak sebagai pembangkang, itu akan menyebabkan orang kecewa.”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.