Halaman

Sabtu, 18 Ogos 2018

Seri Setia gelombang kebangkitan rakyat

Muhamed Noraziha Abdullah

 
 
PETALING JAYA: Pilihan Raya Kecil (PRK) N.32 Dun Seri Setia akan menjadi permulaan dalam membina satu gelombang kebangkitan rakyat di Selangor.
 
Timbalan Presiden PAS, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, kerjasama seliruh petugas supaya menjaga peraturan menghadapi pilihan raya secara tertib, aman dan jangan timbulkan provokasi tidak baik, supaya rakyat akan menilai serta memberi kemenangan kepada calon PAS.
 
“Seluruh gerak kerja kempen pilihan raya mesti mengikuti arahan parti dan dalam suasana media yang terbuka, rujuk sumber rasmi parti sahaja sebagai sumber yang diiktiraf oleh parti,” ujarnya ketika berucap selepas selesai proses penamaan calon PRK Seri Setia di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya. Turut memberi ucapan ialah Naib Presiden Umno, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob dan calon PAS, Dr Halimah Ali.
 
Beliau juga berterima kasih di atas sokongan dan komitmen daripada semua pihak, serta mengalu-alukan sokongan daripada Umno yang bertungkus lumus ingin melihat kemenangan calon PAS dalam PRK Dun Seri Setia kali ini. HARAKAHDAILY 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.