Halaman

Isnin, 17 September 2018

HORMATI PERJANJIAN JADIKAN BAPA SAYA PM – IZZAH



Nurul Izzah Anwar mahu semua pihak menghormati proses peralihan kuasa daripada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kepada bapanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk diangkat sebagai Perdana Menteri kelapan.

Ahli Parlimen Permatang Pauh, semua parti dalam Pakatan Harapan (PH) sudah membuat ketetapan dan perjanjian yang memilih Anwar sebagai Mahathir.

“Kenyataan ini dikeluarkan oleh bukan saja oleh Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Mohamad Sabu tetapi juga Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng,” katanya pada pembentangan Seminar Gerakan Islam dan Perubahan Politik sempena Muktamad Nasional WADAH ke-12 di Pusat Konvensyen Bangi di sini, pada Ahad.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan seorang peserta mengenai keputusan Anwar mahu bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson.

Selain Nurul Izzah, pembentangan seminar itu turut disertai Timbalan Presiden WADAH, Prof Datuk Dr Mohamad Redzuan Othman dan Timbalan Presiden Akademi Pendidikan Demokrasi dan Kewarganegaraan, Amidi Abd Manan sebagai ahli panel.

Mengulas lanjut, Nurul Izzah berkata, segala keputusan atau tindakan yang dilakukan pemimpin PH, perlu kembali kepada perjanjian yang dipersetujui sebelum ini.

“Sering saya katakan bahawa tiada masa yang lebih sesuai dan tidak ada yang sempurna dalam apa yang kita lakukan. Mengambil kira tempoh 20 tahun ini, berkali-kali Anwar dipenjarakan dan dinafikan untuk bertanding dalam pilihan raya.

“Saya masih ingat saat meraikan kemenangan PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang pada 2014, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menjadi ADUN, tetapi saya juga tahu akhirnya Anwar tidak dapat pegang jawatan itu.

“Kita hanya mampu berdoa dan berusaha kerana susah tentu sentimen dan kebimbangan rakyat, perlu kita ambil kira terlebih dulu,” katanya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.