UMNO perlu melakukan ‘pembersihan’ agar pemimpin dan ahli yang ikhlas sahaja bagi tujuan agenda kebangkitan parti.
Exco Pemuda UMNO, Shahrul Nasrun Kamaruddin berkata parti perlu segera bangkit menyelamatkan bangsa Melayu daripada kekalahan Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU-14).
“UMNO tidak perlu bernostalgia dan kena melakukan pembersihan di dalam parti walaupun bakal kehilangan pemimpin dan ahli.
“Biarlah yang ada dalam UMNO adalah yang mereka yang ikhlas demi perjuangan agama, bangsa negara.
“Saya percaya UMNO mampu untuk bangkit semula dan tempoh lima tahun bukannya waktu yang terlalu lama,” katanya dalam kenyataan media pada Selasa.
Kenyataan Shahrul dibuat selepas menyeru ahli UMNO untuk tidak terlalu ghairah menjalin kerjasama dengan PAS.
Sebaliknya, beliau berkata UMNO perlu berubah dan menumpukan pemerkasaan pembangkang supaya dilihat lebih berkesan.
“Tetapi untuk bangkit UMNO harus berubah sikap, mesti bertindak sebagai pembangkang yang berkesan kepada Kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) dan isu-isu rakyat harus menjadi agenda dan fokus utama.
“Sekiranya rakyat agenda utama, saya percaya di atas izin Allah SWT, UMNO dan Barisan Nasional (BN) akan dipilih semula,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.