Halaman

Isnin, 15 Oktober 2018

Mansuh hukuman mati untuk semua jenayah, kata menteri

MALAYSIAKINI


   

Pemansuhan hukuman mati perlu meliputi semua kesalahan jenayah walaupun terdapat bantahan daripada beberapa pihak termasuk keluarga mangsa pembunuhan dan bukan hanya meliputi sebahagian, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong.

Beliau berkata orang ramai perlu memahami bahawa walaupun hukuman mati itu dihapuskan, mereka yang disabitkan kesalahan tetap akan dihukum dan tidak dibebaskan.

“Saya dapat memahami (perasaan) keluarga mangsa bahawa ia sangat menyakitkan tetapi ia adalah hasrat kerajaan untuk menghapuskan hukuman mati sepenuhnya.

“Kita tidak boleh memilih dengan menghapuskan hukuman mati hanya untuk satu kesalahan dan tidak menghapuskan untuk kesalahan lain. Kami mahu menghapuskan semua hukuman mati, " katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Katanya sehingga kini terdapat 1,267 banduan yang disenaraikan untuk menjalani hukuman mati.

Liew berkata beliau juga sedang memuktamadkan beberapa perkara sebelum membentangkan rang undang-undang untuk menghapuskan hukuman mati itu di Parlimen.- Bernama


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.