Wartawan Watan-Online
Amanah Negara (PAN) bukan hanya mahu ahli PAS untuk menyertai parti itu, tetapi juga ahli UMNO turut tidak terkecuali menjadi sasaran.
Presidennya, Mohamad Sabu berkata, pihaknya membayangkan lebih ramai keahlian baru menganggotai parti itu, terutamanya daripada PAS dan UMNO.
Walaupun PAN dilihat sebagai parti yang dibarisi ahli-ahli Melayu dan Islam, namun Mohamad berkata, pihaknya tidak meletakkan sebarang sempadan untuk mana-mana agama untuk sama-sama berjuang dalam parti itu.
“Kita nak semua (ahli parti pembangkang). Islam atau bukan Islam,” katanya dalam satu sidang media di Kota Bharu, Sabtu.
Terdahulu beliau hadir Konvensyen PAN Kelantan 2018 kali ketiga turut dihadiri Naib Presiden Amanah, merangkap Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Negeri, Senator Datuk Husam Musa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.