Sinar Harian
Aksi
pasangan muda melakukan perbuatan tidak senonoh di dalam bas ekspres
yang dirakam CCTV. (Gambar kecil: Izani Zakaria) - Foto Sinar Harian
Pengusaha bas ekspres, Izani Zakaria berkata, ramai pasangan muda yang menaiki bas tidak menjaga tingkah laku dan melakukan perkara yang tidak senonoh.
Menurutnya, perbuatan mereka itu secara tidak langsung mencemarkan imej Islam dan Melayu yang terkenal dengan adab sopan.
"Terbaru kita dapat rakam satu aksi pasangan muda yang dipercayai berusia awal 20-an sedang melakukan aksi 'panas' melalui kamera litar tertutup (CCTV) dalam bas," katanya.
Beliau berkata, perlakuan itu sungguh biadab dan tidak sopan memandangkan ia berlaku dalam pengangkutan awam.
"Kita sebagai pengusaha bas memberi amaran kepada golongan muda supaya tidak melakukan perbuatan itu kerana ia turut memberi persepsi tidak baik kepada bas ekspres juga.
"Jagalah maruah dan identiti kita sebagai Melayu dan orang Islam, kita bukan masyarakat Barat. Jadi jangan terikut-ikut dengan budaya luar," katanya.
Izani berkata beliau tidak mahu perbuatan itu menimbulkan bala yang akhirnya pengusaha atau pemandu bas ekspres dipersalahkan sekiranya berlaku kemalangan.
"Kita perlu berbalik kepada Islam, bahawa ALLAH akan murka sekiranya kita melakukan perbuatan tidak senonoh," katanya.
Justeru, beliau sangat berharap usaha untuk membasmi maksiat dalam pengangkutan awam terutama bas mendapat sokongan pelbagai pihak.
"Ingatlah bahawa kami mahu mencari rezeki yang halal, bukannya dengan bersubahat dan membiarkan perbuatan tidak senonoh berlaku dalam bas," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.