Ahli
Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin bercakap pada Program Bicara Santai
'Pemerkasaan Belia' di Fakulti Undang-undang Universiti Kebangsaan
Malaysia, Bangi, Selangor. foto IQBAL BASRI,
BANGI – Cadangan untuk melancarkan Tawaran Syiling Permulaan (ICO)
dan menerbitkan Harapan Coin sebagai mata wang kripto kebangsaan adalah
satu tindakan tidak bertanggungjawab oleh kerajaan.
Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, penggunaan
atau pelaburan mata wang kripto masih tidak diiktiraf dan dikawal selia
oleh Bank Negara Malaysia dan seterusnya memberi risiko tinggi kepada
pelabur.
“Harapan Coin mungkin boleh jadi bahan spekulasi dan memberi kesan
buruk kepada pelabur-pelabur tambahan pula matawang kripto di negara ini
tidak mempunyai kawal selia sedangkan semua pelaburan kewangan perlu
dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia.
“Saya dimaklumkan syiling Pakatan Harapan ini telah pun dibuat dan
saya anggap ia adalah satu tindakan tidak bertanggungjawab oleh kerajaan
keerana menjual satu benda yang tidak diiktiraf oleh Bank Negara,”
katanya semasa sidang media selepas menghadiri program Bicara Santai:
Pemerkasaan Belia di Universiti Kebangsaan Malaysia hari ini. Ahli
Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin bercakap pada Program Bicara Santai
‘Pemerkasaan Belia’ di Fakulti Undang-undang Universiti Kebangsaan
Malaysia, Bangi, Selangor. foto IQBAL BASRI
Beberapa hari lalu, Menteri Wilayah, Khalid Abd. Samad berkata,
cadangan untuk menjadikan Harapan Coin sebagai mata wang kripto
kebangsaan dan digunakan dalam pentadbiran kerajaan pada masa hadapan
tetap diteruskan.
Kenyataan tersebut bagaimanapun mendapat pelbagai reaksi negatif
daripada pelbagai pihak kerana mata wang kripto masih belum diiktiraf di
negara ini.
Sementara itu, menyentuh mengenai cadangan Menteri Belia dan Sukan,
Syed Saddiq Abdul Rahman yang mahukan syarikat milik kerajaan (GLC)
melantik orang muda sebagai ahli lembaga pengarah, Khairy berkata,
kedudukan tersebut mempunyai tanggungjawab yang amat besar dan
memerlukan individu yang kaya pengalaman dan kelayakan.
“Ahli lembaga pengarah mempunyai tugas fidusiari iaitu melibatkan
hubungan di antara pemegang amanah dan pihak yang berkepentingan
termasuklah pemegang saham.
“Untuk berada di kedudukan ini, ahli lembaga pengarah perlulah
seseorang yang mempunyai pengalaman luas dan berkelayakan. Saya tidak
kata orang muda tidak berpengalaman tetapi beliau perlu faham tanggung
jawab besar yang dipegang oleh seorang ahli lembaga pengarah,” katanya
lagi. – MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.