HALAMAN SANTAI

Ahad, 11 November 2018

Kalau payah sangat nak agihan royalti Kelantan, bagi aje kepada anak beranak Mahathir

Minda Rakyat

Kerajaan persekutuan sedang berusaha untuk menentukan cara agihan wang royalti petroleum kepada negeri Kelantan, kata Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata, cadangan kerajaan untuk memberi 20 peratus royalti minyak daripada hasil keuntungan sebelum ini tidak dipersetujui kerajaan negeri Kelantan.

"Kita sedang berushaa bagaimana nak bagi royalti kepada Kelantan, caranya kita akan tentukan," katanya ketika ditanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Beramah Mesra Harapan Kelantan bersama perdana menteri di Kota Bharu, hari ini.

Sebelum ini Harapan melalui manifesto PRU14 menggariskan royalti akan diberikan kepada negeri Kelantan dan Terengganu yang sebelum ini diabaikan oleh BN.

Kerajaan persekutuan yang kini ditadbir Harapan mencadangkan 20 peratus daripada keuntungan untuk diberikan kepada negeri berkenaan.

Kelantan bagaimanapun tidak bersetuju dan menegaskan mahu jumlah royalti disalurkan mengikut perjanjian asal iaitu lima peratus.

Kerajaan PH telah memutar manifesto 20% kepada 20 peratus daripada keuntungan bukan pengeluaran dengan niat nak kurangkan royalti Kelantan.

"Royalti 20 peratus daripada keuntungan, bukan keseluruhan, mereka kurang setuju, mereka nak jadikan sebahagian daripada kos keseluruhan.

MR :  Bukan itu sahaja, mereka juga nak guna duit royalti itu untuk kuatkan PH dengan menyalurkan kepada Husam seperti UMNO buat sebelum ini



Tiada ulasan: