Halaman

Selasa, 13 November 2018

KJ sindir Maszlee di Dewan Rakyat

Minda Rakyat

KUALA LUMPUR - Khairy Jamaluddin Abu Bakar (BN-Rembau) dalam sesi perbahasan Belanjawan 2019 hari ini, dilihat banyak menyindir Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik.

Kata Khairy, Menteri Pendidikan era kerajaan baharu ini dilihat terlalu sibuk memberi cadangan dan kenyataan yang tidak perlu.

Katanya ia seperti cadangan menteri itu baru -baru ini berhubung pelbagai isu yang akhirnya dilihat hanya memberi cadangan daripada bertindak.

 "Inilah natijahnya apabila terlalu sibuk dengan perkara tidak penting, masih mahu jadi presiden walaupun dah jadi menteri.

"Sampai tidak sedar mengenai program kementerian sendiri iaitu Rancangan Makanan Tambahan RMT yang telah bermula sejak1979." katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2019, di Dewan Rakyat hari ini.

Mengulas lanjut, Khairy berkata adalah lebih baik Maszlee membuat syor kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Menteri Kewangan Lim Guan Eng untuk menyambung semula program RMT. "Kurangkan kajian tak penting lebihkan tindakan untuk bantu rakyat," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.