KOTA BHARU: Tiga rakyat Kelantan memulakan ekspedisi mencabar dengan menunggang motosikal jenis kapcai untuk menjejaki Tanah Suci Makkah.
Pengembaran mereka yang dinamakan
‘Konvoi Gi Mekoh Nga Mutor’ bermula pagi semalam, di mana pelepasan
jelajah itu dilakukan Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO, Ustaz
Wan Roslan Wan Hamat.
Mereka memulakan ekspedisi melalui
Thailand diiringi anak-anak muda dengan menunggang motosikal sehingga ke
sempadan negara jiran.
Wan Roslan berkata, kerajaan negeri
sentiasa memberi galakan kepada peserta jelajah berkenaan mengembara
bagi melihat keindahan alam ciptaan Allah Taala.
Menurutnya, langkah tersebut bertepatan
dengan dasar Membangun Bersama Islam supaya amalan keagamaan terus
berkembang dalam jiwa setiap rakyat Kelantan.
"Kita memberi galakan kepada golongan
muda-mudi melakukan pengembaraan seperti ini, selain bersantai-santai,
ia juga merupakan sebahagian tuntutan agama,” katanya selepas melakukan
flag off konvoi tersebut di Dataran Rehal di sini semalam. - HARAKAHDAILY
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.