Kerajaan sedang merangka prosedur operasi standard (SOP) bagi operasi penguatkuasaan khalwat yang kini sudah berada di peringkat akhir.
“Kita dah siapkan satu Jawatankuasa kecil (untuk SOP penguatkuasaan khalwat) dan kita sedang perhalusi dan jika dah siap SOP yang kita cadangkan, kita akan umumkan.
“Tapi kuasa itu tetap duduk pada kuasa negeri-negeri, piawaian itu saya cuba baiki, saya cuma boleh tunjuk (pada negeri-negeri), ini kaedah dia dan saya rasa dah sekian lama SOP ini tidak dibaiki.
“Jadi mungkin dah tiba masa, kita nak selaraskan dan kita ambil praktis yang terbaik,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
Dr Mujahid berkata demikian mengulas tindakan kumpulan antikhalwat Skuad Badar yang membuat tarbiah dengan membawa pasangan ditangkap khalwat ke kubur.
Sebuah portal melaporkan pengerusi Skuad Badar Azhaar Mohamad mempertikaikan tindakan pihak yang mempersoalkan cara mereka dalam menangani kegiatan maksiat.
Sebaliknya
Azhaar berkata operasi cegah maksiat dan khalwat itu telah dijalankan
selama dua tahun di Sungai Petani tanpa sebarang bantahan.
Tanah Perkuburan Masjid Padang Tembusu
Skuad Badar dilapor menjalankan aktiviti sukarela mencari pasangan Islam yang tiada ikatan sah bermadu kasih di hotel-hotel sekitar Sungai Petani.
Menurut Azhaar yang turut dikenali sebagai Ayah Ad, pasukan sukarela itu tidak berdaftar dengan Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) disebabkan kerenah birokrasi.
“Kali pertama (hantar borang) ditolak, tanpa sebarang sebab.
“Saya beranggapan, kami sudah berdaftar tetapi mereka yang tidak lulus,” beliau dipetik sebagai berkata.
Pasangan yang ditangkap kumpulan pencegah maksiat ini akan dibawa ke tanah perkuburan di Masjid Padang Temusu bagi sesi tarbiah kerana Skuad Badar percaya kaedah itu berkesan.
Mengulas lanjut berkaitan tindakan kumpulan itu, Mujahid yang juga menteri agama berkata beliau kini sedang menunggu maklumat lengkap daripada kerajaan negeri Kedah.
Katanya lagi, segala tindakan yang ingin diambil seharusnya mengikut tatacara yang betul.
“Itulah sebabnya dari awal saya dah sebut mengenai penguatkuasaan ni, perlu berhati-hati sebab boleh timbulkan persepsi lain.
“Yang terbaik ikut SOP yang ada dan di sebalik kelemahan itu di pihak saya, kita sedang mengetatkan lagi SOP agar (perkara sama) tak berlaku lagi macam sekarang (di Sungai Petani),” katanya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.