THE MALAYSIAN TIMES
KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengucapkan tahniah kepada Supt Shafa’aton Abu Bakar kerana dilantik Ketua Polis Daerah (OCPD) wanita pertama di Selangor.
Shafa’aton, 42, berasal dari Mersing, Johor yang dilantik sebagai OCPD Sungai Buloh memulakan tugas semalam, menggantikan Supt S. Somu yang bertukar ke Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Kontinjen Kuala Lumpur.
“Tahniah buat Supt Shafa’aton Abu Bakar, cipta sejarah sebagai OCPD wanita pertama di Selangor berikutan pelantikannya sebagai ketua Sungai Buloh,” katanya dalam catatan di Twitter.
Sebelum ini, Shafa’aton adalah Pegawai Turus Siasatan Seksual Wanita dan Kanak-Kanak (D11) di Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur.– Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan