Mewakili cabang PKR Arau, Nazeri menggesa 'kedua-dua mereka menghentikan pertelingkahan yang boleh merugikan parti memandangkan pemilihan sudah berakhir.
"Kita lawan bermati-matian sesama kita, tidak kira sama ada 'team Rafizi' ke atau 'team Azmin'. Tuan-tuan inikah yang kita ingin warisi kepada anak cucu kita?.
"Secara jelas saya katakan kita gagal, kita bergaduh kerana hendak tunjuk siapa terlebih hebat
"Saya minta 'team Rafizi', 'team Azmin' hari ini hentikanlah (pertelingkahan) masanya sudah habis," katanya sambil menerima tepukan gemuruh perwakilan dan pimpinan parti itu.
Sebaik Nazri selesai membahas ucapan dasar, Rafizi mengangkat tangan Azmin yang juga menteri hal ehwal ekonomi serta berpelukan sebagai respon terhadap saranan Nazri sekali gus memberi isyarat 'perperangan' antara mereka tamat.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan