Halaman

Rabu, 2 Januari 2019

JAWATANKUASA KHAS KAJI PENYERTAAN BEKAS PEMIMPIN UMNO


Hinanya maruah bekas wakil rakyat UMNO apabila PPBM mahu menubuhkan sebuah jawatankuasa khas untuk meneliti dan menapis permohonan keahlian mereka.

Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, jawatankuasa tapisan itu dipengerusikan oleh Timbalan Presiden PPBM Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

“Jawatankuasa ini akan meneliti terlebih dahulu setiap permohonan yang diterima untuk memastikan pemohon tidak terpalit dengan sebarang amalan rasuah, salah guna kuasa dan jenayah,” katanya dalam suatu kenyataan.

Muhyiddin juga berkata PPBM akan mendapatkan kerjasama daripada pihak polis dan SPRM dalam melaksanakan tapisan itu.

“PPBM akan mendapatkan kerjasama daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia? (SPRM) dan Polis Di Raja Malaysia (PDRM) untuk melaksanakan proses tapisan ini.

“Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM akan membuat keputusan sama ada menerima atau menolak permohonan tersebut setelah menerima laporan daripada jawatankuasa ini,” jelasnya lagi.

Mengulas permohonan bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik, menyertai PPBM, Muhyiddin berkata ia tertakhluk kepada proses tapisan yang sama.

“Adalah dimaklumkan bahawa permohonan (Abdul Rahim) ini juga tertakluk kepada proses tapisan yang akan dibuat oleh jawatankuasa ini.

“Adalah tidak adil di peringkat ini untuk mengandaikan bekas pemimpin UMNO yang menyerahkan borang permohonan keahlian telah diterima menjadi ahli secara automatik.

“Permohonan mereka hendaklah dinilai terlebih dahulu,” katanya.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.