PAKATAN Harapan (PH) sebenarnya sedang menghadapi krisis yang amat besar, rakyat sudah hilang keyakinan terhadap PH sebagai Kerajaan walaupun baharu 9 bulan memerintah. Boleh kita lihat secara terang sekarang rakyat sudah mula menolak PH terutamanya selepas kekalahan dalam PRK Cameron Highland.
Rakyat mula mempersoalkan kewibawaan PH sebagai Kerajaan. Ada beberapa contoh jelas yang menggusarkan rakyat seperti pelantikan Ahli Lembaga Pengarah YADIM, isu ICERD, kes yang membabitkan kematian Almarhum Muhammad Adib dan lain-lain lagi yang membabitkan isu agama dan pengurusan sosial.
Isu Tabung Haji, janji manifesto untuk menangani masalah ekonomi, rakyat dan negara tidak ditunaikan, tiada pelan penambahbaikan ekonomi negara serta amalan Federalisma yang tidak adil seperti berdolak-dalik berkaitan agihan royalti terhadap Kelantan dan Terengganu adalah di antara isu ekonomi dan Federalism yang menghakis keyakinan rakyat.
Kepercayaan rakyat juga mula terhakis
terhadap integriti PH sebagai Kerajaan dan institusi badan Kehakiman
Negara. Kes rasuah terhadap Lim Guan Eng tiba-tiba digugurkan, isu
pelantikan Ketua Hakim Negara dan Peguam Negara serta isu menari Menteri
Kehakiman, Peguam Negara dan Ketua Hakim Negara yang jelas mengecewakan
rakyat.
Krisis tersebut berlaku akibat dominasi
DAP dalam PH. Rakyat melihat DAP seperti tangan ghaib di belakang tabir
yang mencatur pentadbiran negara walau bukan Lim Kit Siang yang menjadi
Perdana Menteri. Mampukah Kerajaan PH bertahan akibat krisis keyakinan
rakyat ini atau nasib PH seperti telur di hujung tanduk?

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.