Halaman

Ahad, 3 Mac 2019

BN MENANG, CALON PH TIDAK HADIR

Oleh : Hazierra Lukman
 



Calon Pakatan Harapan (PH), Aiman Zainali tidak hadir ke Pusat Pengiraan Rasmi Undi Pilihan Raya Kecil (PRK) N.24 Semenyih bagi mendengar keputusan kemenangan.

Sehingga keputusan diumumkan, hanya calon dari Barisan Nasional (BN), Zakaria Hanafi dan calon bebas, Uncle Kentang yang naik ke pentas pengumuman.

Turut hadir memberi sokongan, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan serta beberapa lagi barisan kepimpinan UMNO dan BN.

PRK pada kali ini memperlihatkan peratusan keluar mengundi sebanyak 73.24% yang memberi kemenangan kepada calon BN dengan keputusan 19,780 berbanding calon PH, 17,866 undi.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.