
KUALA LUMPUR – Keputusan peperiksaanSijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2018 akan diumumkan pada 11 Mac ini.
Calon-calon sekolah boleh mendapat keputusan di sekolah masing-masing mulai pukul 12 tengah hari.
Manakala calon persendirian akan memperoleh keputusan melalui pos.
Majlis Peperiksaan Malaysia dalam kenyataannya berkata, calon juga boleh menyemak keputusan mereka melalui SMS dengan menaip STPM RESULT
Seramai 42,849 orang calon menduduki STPM pada tahun lalu di 677 pusat peperiksaan di seluruh negara.
Daripada jumlah tersebut,42,476 (99.13%) orang adalah calon sekolah kerajaan, 162(0.38%) calon
sekolah swasta, 195(0.45%) calon persendirian individu dan 16(0.04%) calon sekolah kerajaan negeri. – MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.