Beberapa penganalisis ekonomi menyambut baik cadangan kerajaan berkaitan pemberian insentif tambahan gaji antara RM700 hingga RM1,000 kepada graduan tempatan.
Pensyarah Universiti Tun Abdul Razak, Prof Dr Barjoyai Bardai berpendapat langkah itu akan mendorong lebih ramai graduan tempatan melakukan kerja di sektor 3D yang selama ini didominasi pekerja asing.
Katanya, langkah itu juga
dapat mengukuhkan nilai mata wang dan menyelamatkan RM60 bilion disalur
keluar negara setiap tahun oleh pekerja asing.
“Kalau kita boleh elak bayar pekerja asing, kita dapat selamatkan RM60 bilion dan ini dapat tingkatkan rizab negara dan tingkat nilai mata wang kita,” katanya.

Sekiranya dilaksanakan, insentif itu akan diperikan kepada graduan yang baru selesai pengajian yang sudah mula bekerja.
Menurut Anggota Parlimen Langkawi itu langkah tersebut bagi menangani masalah lambakan pendatang asing yang bekerja ke negara ini dan sekali gus menjejaskan ekonomi negara.
Selain itu, Dr Mahathir berkata, pendapatan pekerja akan di belanjakan di Malaysia dan ini memperkayakan ekonomi negara.
Pada masa ini jumlah pekerja asing di negara ini
mencecah 7 juta orang dan setiap tahun mereka membawa keluar pendapatan
RM60 bilion balik ke negara asal mereka.
Wajar disegerakan
Pada masa yang sama, cadangan itu juga dilihat mampu menyelesaikan masalah graduan yang dikatakan memilih kerja lantaran kadar gaji yang rendah.
"Jika adanya subsidi kerajaan dapat tingkatkan pendapatan
graduan dan mereka hanya layak dapat subsidi jika bekerja. Ini satu
dorongan kepada graduan.
Tak selesaikan masalah pekerja asing
Ini kerana katanya, graduan tempatan dikategorikan sebagai pekerja mahir memandangkan mereka mempunyai kelayakan akademik.
“Mahukah mereka ini bekerja di sektor-sektor lasak seperti di tapak pembinaan atau ladang pertanian yang panas terik berhujan sehingga memerlukan tenaga yang banyak.
“Mahukah graduan tempatan kita buat untuk menggantikan pekerja-pekerja asing itu,” soalnya.
Justeru, beliau berkata kerajaan wajar mencari strategi lain dalam menggalakkan lebih ramai graduan bekerja dalam sektor 3D.
“Kalau nak kurangkan kebergantungan, kena galak pekerja tempatan kerja di sektor ini,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.