HALAMAN SANTAI

Isnin, 6 Mei 2019

Jho Low masih jadi buruan, kata Dr Mahathir


   
WAWANCARA l Ahli perniagaan, Jho Low yang dipercayai bersembunyi di China setelah menjadi buruan pihak berkuasa, masih tetap dikehendaki, kata Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.

Beliau ditanya sama ada pihak berkuasa Malaysia akan terus memburu lelaki itu susulan tindakan kerajaan yang berjaya menjual kapal layar mewah miliknya dan dan memperoleh sebahagian daripada dana 1MDB, yang didakwa diselewengkan.

"Masih banyak wang yang hilang. Apa yang kita dapat semula tidak banyak - kurang RM2 bilion.
"Dia curi RM42 bilion daripada 1MDB," kata perdana menteri dalam temubual media khas di Putrajaya petang ini.
Mahathir berkata terdapat juga soalan-soalan yang belum dijawab seperti di mana wang yang diselewengkan itu, siapa yang menerima dan yang menyimpannya.

"Kita ada masalah mengesannya tetapi kita masih memburunya," katanya.

Tiada ulasan: