Halaman

Khamis, 9 Mei 2019

Kaji Selidik The Edge: Anthony Loke paling 'perform'

Firdaus Azil dan Saraya Mia, Astro Awani
Kaji Selidik The Edge: Anthony Loke paling 'perform'
Anthony Loke Siew Fook dilihat ahli Kabinet paling efektif dalam kaji selidik The Edge. -Gambar fail
 

KUALA LUMPUR: Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook dilihat ahli Kabinet paling efektif di bawah barisan yang dipimpin perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, menurut 72.67 peratus daripada keseluruhan responden 37,262 kaji selidik The Edge.

Menurut laporan itu, peserta kaji selidik terbabit menganggap Ahli Parlimen Seremban itu menepati jangkaan mereka dalam menyampaikan perkhidmatan sebagai menteri.

Senarai itu menyaksikan Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo di tempat kedua; diikuti Tun Mahathir sendiri; Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Yeo Bee Yin; dan Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

“Loke, antara lainnya telah memperkenalkan pas perjalanan tanpa had bulanan yang banyak memberi manfaat kepada pengguna pengangkutan awam, manakala Gobind telah memastikan pengurangan sebanyak 25 peratus dalam caj perkhidmatan jalur lebar di negara ini,” menurut kajian itu.

The Edge bagaimanapun menyebut, kebanyakan menteri yang menjadi pilihan dalam kaji selidik itu dilihat memberi impak positif kepada pengundi di kawasan bandar, berbanding mereka yang tinggal di luar bandar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.