Halaman

Isnin, 6 Mei 2019

Kutip derma guna nama sekolah pondok

Muhamaad Razis Ismail
 
 
 

DUA individu dikesan mengutip derma menggunakan nama sebuah sekolah pondok di Pasir Mas sejak awal tahun ini.

Difahamkan modus operandi digunakan ialah meminta derma dari rumah ke rumah kononnya bagi membiayai pelbagai projek seperti wakaf tanah kubur, pembelian karpet masjid, pembelian al-Quran dan jamuan berbuka puasa.

Setakat ini, sindiket ini dikesan beroperasi di sekitar Kota Bharu.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas Asisten Komisioner Abdullah Mohammad Piah berkata, polis menerima laporan daripada pihak sekolah pondok terbabit pada 20 April lalu.

“Kita sedang mengesan pemilik akaun yang juga seorang wanita dan seorang lelaki yang memungut derma dari rumah ke rumah.

“Polis juga nasihatkan orang ramai supaya tidak mudah terpedaya. Setakat ini kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Dalam pada itu, pihak sekolah pondok terbabit yang dihubungi enggan mengulas lanjut dan menyerahkan kepada polis untuk siasatan lanjut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.