Oleh
Athirah Huda Zalhe
Perbezaan pendapat harus dibincang tertutup antara pihak bertelagah
Naib Presiden Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia
(Berjasa), Ustaz Mohd Hazizi Ab Rahman.
BANGI – Media sepatutnya lebih bermaruah dan memainkan
peranan dalam menyatukan pihak bertelagah, bukan memecahkan demi menyiarkan
berita sensasi, kata Naib Presiden Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia
(Berjasa), Ustaz Mohd Hazizi Ab Rahman.
Merujuk isu perbalahan yang berlaku antara Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, beliau berkata, pertelingkahan yang berlaku membabitkan dua pemimpin berkenaan tidak mendatangkan manfaat kepada rakyat serta umat Islam.
Justeru, beliau berkata, media adalah salah satu peranan besar sebagai ‘orang tengah’ untuk mendamaikan pertelingkahan dua pihak itu.
“Islam menjunjung tinggi sifat jujur dan berkata benar. Tetapi, dibenarkan menipu jika bertujuan untuk mendamaikan dua pihak.
“Betapa besarnya peranan orang tengah untuk mendamaikan, dalam konteks ini ialah media. Kalau tidak mahu menipu, maka sekurang-kurangnya tidak perlu dilaporkan pertikaman lidah itu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Ketegangan hubungan antara Dr Mahathir dengan Tunku Ismail terus berlarutan apabila mereka kerap berbalas kenyataan melalui media.
Terbaharu, pemimpin nombor satu negara itu dilaporkan mengkritik dengan kenyataan yang agak kasar terhadap Tunku Ismail dalam satu temubual khas bersama media, semalam.
“Jika mereka sendiri ‘publish’ kenyataan di media sosial, maka dapatkanlah pandangan mana-mana tokoh sebagai pihak ketiga yang berkecuali untuk diangkat pandangan yang mendamaikan.
“Media sepatutnya ada misi yang mulia. Tetapi hampir semua pengarang dan editor media yang ada hari ini sudah tiada maruah dan harga diri. Tidak jelas hala tuju, jahil tentang sempadan agama, kecuali segelintir,” kata Mohd Hazizi.
Beliau berkata, tidak kira institusi raja atau badan eksekutif, kedua-dua pihak berkenaan mempunyai tugas serta kuasa masing-masing.
Justeru, beliau menyarankan supaya sebarang perbezaan pendapat seharusnya dibincangkan secara tertutup antara pihak-pihak yang bertelingkah, dengan mengetepikan kepentingan peribadi, negeri dan kroni demi kebaikan dan kemaslahatan umat Islam serta rakyat keseluruhannya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan