Halaman

Rabu, 8 Mei 2019

‘Menteri lupa maklumkan kepada pengarah pejabat tanah’

Kumara Sabapatty
MGF08052019_PC-BEKAS-PEKERJA-LADANG_03-681x454
Ahli Jawatankuasa Pusat PSM, Arutchelvan menunjukkan notis pengusiran pada sidang media mengenai bekas pekerja ladang Bukit Jalil mendapat notis pengusiran di Ladang Bukit Jalil, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL
 

KUALA LUMPUR – Beberapa jam selepas bantahan bekas pekerja ladang Bukit Jalil, Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Samad berjanji akan menyelesaikannya.

Ia disahkan oleh aktivis masyarakat memperjuangkan hak bekas pekerja berkenaan, S. Arutchelvan yang berkata, Khalid berjanji akan memperbetulkan tindakan Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan (PTGWP) yang mengeluarkan notis merah pengusiran 41 keluarga yang masih menghuni tanah itu.

Arutchelvan berkata, Khalid mengakui pengarah pejabat tanah itu  muka baharu dan terlupa untuk memaklumkannya.

Katanya, isu notis merah yang diterima penduduk telah dirujuk kepada Ahli Parlimen Shah Alam sebelum dibalas Khalid dengan mesej berbunyi:

“Pengarah PTGWP baru, i forgot to inform him. Will rectify.”

Apa pun, Arulchelvan berharap tindakan segera menyusul dari pihak menteri demi pembelaan nasib keluarga bekas pekerja ladang berkenaan.

Malah beliau juga memaklumkan menerima pesanan yang sama diterima daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P. Waytha Moorthy.

Pagi tadi, sebahagian 41 bekas pekerja Ladang Bukit Jalil menyatakan rasa kekesalan selepas menerima notis merah yang memaklumkan mereka dikehendaki mengosongkan tanah kerajaan itu sebelum 14 Mei ini.

Dakwa mereka notis itu ada yang ditampal di rumah ibadat Hindu yang terletak di situ dan diserahkan di tangan penduduk di situ oleh pegawai PTGWP diiringi penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur semalam.

Bagaimanapun penduduk berkenaan meminta kerajaan menunaikan janji penyediaan rumah teres dan empat ekar tanah yang dipersetujui sebelum ini. – MalaysiaGazette

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.