Halaman

Selasa, 7 Mei 2019

Menyelang Hari Raya Yang Malang


Hari Raya Aidilfitri tahun ini dijangka akan jatuh pada sekitar 5hb Jun.

Bagaimanapun 30hb Mei adalah hari bekerja terakhir untuk 135 staff FELDA Engineering Services Sdn Bhd dan FELDA Properties Sdn Bhd.

Lima hari sebelum Hari Raya, 130 orang akan kehilangan kerja.

Kedua-dua syarikat ini sudah beroperasi 30 tahun di bawah BN dan selama ini adalah syarikat yang beruntung.

Oleh itu, ramai yang dihentikan telah berkhidmat lebih dari 10 tahun di sana.

Tetapi kerajaan PH berpendapat kedua-dua syarikat ini tidak lagi diperlukan.

Dikhabarkan juga bahawa pampasan VSS kepada pekerja-pekerja yang akan diberhentikan tidak adil berbanding syarikat-syarikat yang lain.

Itulah nasib rakyat di Malaysia Baharu ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.