
KUALA
LUMPUR – Beberapa badan bukan kerajaan (NGO) yang lantang mengkritik
kerajaan terdahulu sebelum kemenangan besar oleh Pakatan Harapan (PH)
pada Pilihan Raya Umum ke-14 melahirkan kebimbangan terhadap pentadbiran
serta janji manifesto yang gagal dipatuhi kerajaan ketika ini.
Malah
Pengarah Eksekutif Pusat Bagi Memerangi Rasuah dan Kroni, Cynthia
Gabriel mendedahkan, antara yang menjadi persoalan serta kebimbangan
umum adalah pelantikan politik dalam syarikat milik kerajaan (GLC).
Kata
Cynthia, jika sebelum sudah termaktub dalam manifesto tidak akan ada
lantikan sedemikian malah kerajaan terdahulu turut dikritik namun
akhirnya janji itu tidak dikotakan.
Sebaliknya
kata Cynthia, PH memberikan alasan kononnya lantikan politik untuk
jawatan Lembaga Pengarah masih dibenarkan manakala Pengerusi GLC bukan
lantikan politik.
“Mana
boleh begitu? Bukankah sebelum ini mereka (PH) sudah cakap bahawa tiada
lantikan politik? Ianya tidak dibenarkan sama sekali jadi kenapa
sekarang ada pula?
“Tetapi
kini kata mereka, lantikan Lembaga Pengarah dalam kalangan lantikan
politik boleh, yang tidak boleh adalah Pengerusi. Apa bezanya?
Sebenarnya lantikan-lantikan ini membuatkan rakyat tidak senang dan
gelisah.
“Jika
kami cakap semua ini, pastinya kerajaan tidak akan suka kerana pada
mereka NGO ini semuanya suka kritik kerajaan. Sungguh menggerunkan
sebenarnya,” katanya ketika membentangkan prestasi kerajaan PH sejak 9 Mei 2018 bersama-sama dengan Institut Hal Ehwal Demokrasi dan Ekonomi (IDEAS) hari ini.

Janji
ke-22 dalam manifesto PH menetapkan lantikan ahli lembaga pengarah
dalam GLC dan syarikat kerajaan negeri mesti dalam kalangan profesional.
Janji
yang tertulis dalam dokumen manifesto itu menyatakan: Kerajaan Pakatan
Harapan akan memastikan pelantikan ahli lembaga pengarah dalam GLC
nasional dan negeri adalah dari kalangan golongan profesional dan bukan
berdasarkan kaitan politik mereka.
Cynthia juga memberikan contoh lantikan Pengerusi Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), Datuk Junaidah Kiting yang juga merupakan isteri kepada Setiausaha Politik Perdana Menteri.
Selain
itu lantikan dalam GLC di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas
Tani juga menyaksikan ahli parti menerajui agensi atau jabatan
tertentu.
Dalam
pada itu, Cynthia turut menarik perhatian tentang projek di bawah Pelan
Induk Pengangkutan Negeri Pulau Pinang yang rata-ratanya dipercayai
mempunyai unsur rasuah.
“Bagaimanapun,
projek-projek yang sepatutnya disiasat serta dihentikan khasnya oleh
kerajaan persekutuan dibiarkan begitu walaupun ada bukti kukuh bagi
menyokong dakwaan wujudnya elemen rasuah di situ,” katanya.
Kata beliau, Pelan Antirasuah Nasional (NACP) mengandungi matlamat yang tinggi untuk menjadikan Malaysia bebas rasuah pada tahun 2023.
“Kerajaan
harus menunjukkan kepimpinan melalui teladan dan tidak boleh
bertoleransi terhadap semua bentuk rasuah. Banyak elemen rasuah dalam
pegawai kerajaan telah di kesan pada masa kini, sangat menggangu
fikiran,” ujar beliau.
Jelas
Cynthia, prestasi PH dalam pelbagai aspek sebenarnya tidak memuaskan
malah berada pada tahap membimbangkan, apatah lagi amalan kerajaan
terdahulu masih lagi diamalkan.
Sementara
itu, menurut Eksekutif IDEAS, Muhammad Faiz Mohd Zaidi mengakui
kerajaan PH hanya berjaya mencapai 6 peratus daripada janji ekonomi yang
sepatutnya dilaksanakan dalam usaha membantu rakyat mengurangkan
bebanan daripada kerajaan terdahulu.
“Kita boleh simpulkan, 6 peratus daripada janji itu sudah dilaksanakan, 22 peratus masih dalam peringkat pelaksanaan. Ini adalah janji ringankan beban rakyat, bantu ekonomi negara dan sebagainya,” ujar Muhammad Faiz.
IDEAS
telah melancarkan edisi pertama Projek Pantau, suatu kad laporan yang
menganalisa prestasi PH dalam melaksanakan janji – janji di dalam
manifesto Buku Harapan.
Setakat
ini IDEAS telah menganalisa 192 janji janji kecil yang dikenalpasti
daripada 23 janji utama yang daripadanya Teras 1 (Meringankan Bebanan
Kehidupan Rakyat) dan Teras 3 (Merancak Pertumbuhan Ekonomi yang Adil
dan Saksama) serta tiga janji daripada Teras 2 (Mereformasi Institusi
Pentadbiran dan Politik) telah dianalisa.
Kumpulan
IDEAS telah bekerjasama rapat bersama Harapan Tracker yang diwujudkan
sejurus selepas Pilihan Raya ke 14 dengan pelbagai badan pemikir atau
NGO yang turut sama menyumbangkan usaha mereka untuk memantau agenda
reformasi Kerajaan pada masa ini. – MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.